~ALHAMDULILLAH~
Dah beberapa hari saya tak update blog ini dan ini kerana agak sibuk dengan 'kerja²'. Hari ini tamatlah latihan muay thai saya*syukur alhamdulillah* tapi masih banyak latihan perlu dilakukan. Seperti tajuk yang tertera di atas sedikit sebanyak hidup ni kembali bersinar walaupun hanya sedikit tetapi bagi saya ianya amat mencukupi untuk mengubah hidup saya.
Kepada rakan² yang bersekolah dan pelajar² dari tempat lain, saya ingin ucapkan 'selamat bercuti' kepada mereka, ENJOY YOUR HOLIDAYS =). Cuti cuti juga, homework jangan lupa ya haha dan saya amat berharap sangat kita dapat berkumpul dan keluar bersama-sama serta bertukar-tukar cerita =D.
Baiklah, kali ini saya ingin tambah sedikit mengenai post saya yang sebelumnya iaitu berkenaan dengan MARTIAL ART :-

~SILAT~
Seni Silat ataupun Pencak Silat adalah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa melayu ataupun nusantara(Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Brunei, Filipina, Timor timur dan mungkin juga Taiwan) yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan ada yang menganggarkan seni silat ini beratus tahun lamanya tetapi usia silat masih tidak dapat dihuraikan secara terperinci. Kebanyakkan guru silat kini menolak penggunaan 'Mahaguru' kerana berpendapat bahawa 'Maha' hanya sesuai untuk Allah s.w.t. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam bidang silat digelar Guru Tua dan dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tertinggi digelar Pendekar.
Antara senjata² yang diguna pakai dalam silat adalah seperti keris, kerambit, lading, tumbuk lada, tekpi, parang, sundang etc.

Parang Lading-senjata rasmi silat cekak

Tumbuk Lada

Tekpi ataupun juga dikenali sebagai Sai
Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut hanya sekadar tarian asli dalam silat dan tidak mempunyai maksud yang lain selain hanya persembahan semata² manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Hakikatnya 'silat pulut' bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya memfokuskan persembahan dan tidak boleh mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang digunakan apabila pesilat merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan muslihat permainan aliran tidak dipertontonkan.
Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500perguruan silat yang dapat dikesan.Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat. Dengan kesedaran pembangkitan Islam hari ini, guru-guru aliran telah menentang dan membuang amalan-amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama seperti jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya. Pertubuhan Silat Kebangsaan (PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan dalam dunia silat hari ini. Apa yang pasti, Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia.
Thats all for now
hope all of you enjoy reading my post
have a nice day
Goodmorning
=)
i'd fall in love with someone and i still loving her

No comments:
Post a Comment