Friday, June 19, 2009

Cepatnya Masa Berjalan~

Assalamualaikum =D

~M . A . S . A~

Humm cepatnya masa berjalan, hehe dah lama aku tak update blog ni dan sekarang dah 19th June, tak sangka kejapnyaaa.
My life getting better demi hari
Alhamdulillah
Lg 2 minggu da nk sambung belajar
-excited, takut, gementar, happy, sedih, menenangkan, bersemangat-
Semua tu aku tengah rasa sekarang, hebatkan??
Tapi yang aku tahu aku nak buat sehabis boleh yang boleh aku buat, haiz rasa bersalah dalam diri ni pasal meng-KECEWA-kan orang lain yang mengharapkan yang terbaik daripada aku tak pernah kurang apatah lagi hilang.
Maybe cukuplah setakat tu ja aku kecewakan orang, dan kepada beberapa orang yang amat amat aku hormati, aku nak sangat² minta maaf kat depa
"maafkan saya, saya bersalah =( "
By the way, kenapa apabila sesuatu rancangan televisyen berakhir host rancangan tersebut kata 'nampaknya masa mencemburui kita' ??
Ini adalah kerana pada pendapat aku masa ni seolah-olah tak suka tengok kita sedang bergembira atau melakukan sesuatu yang happy.
Sebab tu bila kita lakukan sesuatu yang seronok, enjoyable, happy atau benda² yang kita suka kita rasa seolah-olah masa ni berjalan dengan cepat dan sebaliknya apabila kita lakukan perkara yang kita benci, yang kita tak suka, kita rasakan macam lambat sangat² masa ni berjalan
kan?? kan??
Walaupun kita tahu masa tu constant;tetap, tak pernah cepat atau lambat.
fikir²kanlah
PEACE

to all my readers
di atas ni cuma apa yang aku pernah fikirkan apabila termenung
masing² ada pendapat sendiri
kepada seseorang, take care =)
i still love u
got to go
take care all, thanks for spending some time reading this empty blog
adioasuu

Wednesday, June 3, 2009

~Kebelakangan Ini~

Seperti tajuk yang tertera di atas, para pembaca pasti tertanya-tanya apa yang telah aku hadapi(yalatuhhh)

~Semua cerita yang akan diceritakan adalah secara jujurnya insyaallah~

Beberapa hari lepas merupakan hari yang gembira buat aku sehingga hari ini, sangat² gembira. Kenapa?? Sesetengahnya biar aku seorang saja yang tahu dan disebalik perasan gembira atau sedih ini aku amat bersyukur kepada Allah s.w.t. Pada pagi 30hb Mei, aku telah menerima surat tawatan kemasukan ke JMTI, memang tak disangka-sangka dan aku memang amat gembira hari tu. Aku kalau macam tu memang satu hari sengih saja la dan selepas tu aku bersama rakan² aku, kami pergi ke Taman Rimba;upacara menyejukkan badan. Seronok tu tak payah kata la macam mana, memang hari yang happy.

Hari Isnin lepas, sepupu aku datang dari N.Sembilan dan dah lama gila aku tak jumpa dengan dia dan keluarga dia tapi macam biasa, aku still segan dengan dia sebab dia seorang perempuan. Aku ok ja, tapi hari tu satu hari aku tak sembang dengan dia, even one word!! D'oh apadaa aku ni, dengan sepupu pun segan, iskk2 tapi tak apalah, aku selesa segan macam ni =)

Semalam, hari Selasa, mamu ajak kami semua keluar pergi kapitan a.k.a kptn sbb nak pergi makan. Rasa-rasanya mamak tu pun dah pikir kami ni macam regular customer dah, mana taknya, boleh dikatakan hari² pergi sana hahaha tapi memang best arr. Tapi disebelah pagi, aku pergi ke GH(general hospital) pergi buat medical checkup. Aku bukan suka sangat buat benda ini, lembab gila lagi² GH adoihhh. Tapi ada la juga benda² yang aku tak jangka, takut juga lah iskk. Tapi tak apalah, tunggu la result dia nanti 15hb Jun nanti. Then malam tu mamu dan Wan datang rumah aku sebab nak pi sekali dengan Amin semua but here come the sad story. Masa kami tengah lepak atas moto tunggu Amin, aku tak sedar kucing aku Si Putih tengah tidur atas jalan, tiba² ada satu kereta ni datang, aku ingatkan kereta tu nak berhenti tapi dia langgar terus Putih, ntah la aku jadi blur tiba² tak tau apa nak buat tapi memang aku tak sampai hati gila tengok saat² akhir hidup Putih, aku macam nak nangis pun ada, tp control ja. Tapi nak buat macam mana, dah ajal dia. Inalillah~ Malam tu juga aku tanam Putih, kesian kat dia. Terima kasih Wan, mamu sebab tolong aku tanam Putih. Lepas tu kami pun pergi ke Kapitan walaupun kind a sad. Masa nak balik tu hujan lebat gila, Wan dengan Amin dok rumah aku sat, masa tu dah pukul 12 kalau tak salah, kami punya bersembang sampailah pukoi 6 hahaha memang best. Then mereka pun balik aku pun tidur.

Setakat tu saja lah kisahku ini
hidup ni, kita merancang ja, Allah yang tentukan
walauapapun kita kena bersyukur ja
'Alhamdulillah'
btw, thx to sumeone sebab still contact ngn aku =)
i'll wait ok dont worry =)
adiosu
Assalamualaikum w.b.t

Friday, May 29, 2009

My Life Getting Better Each Days

~ALHAMDULILLAH~

Dah beberapa hari saya tak update blog ini dan ini kerana agak sibuk dengan 'kerja²'. Hari ini tamatlah latihan muay thai saya*syukur alhamdulillah* tapi masih banyak latihan perlu dilakukan. Seperti tajuk yang tertera di atas sedikit sebanyak hidup ni kembali bersinar walaupun hanya sedikit tetapi bagi saya ianya amat mencukupi untuk mengubah hidup saya.

Kepada rakan² yang bersekolah dan pelajar² dari tempat lain, saya ingin ucapkan 'selamat bercuti' kepada mereka, ENJOY YOUR HOLIDAYS =). Cuti cuti juga, homework jangan lupa ya haha dan saya amat berharap sangat kita dapat berkumpul dan keluar bersama-sama serta bertukar-tukar cerita =D.

Baiklah, kali ini saya ingin tambah sedikit mengenai post saya yang sebelumnya iaitu berkenaan dengan MARTIAL ART :-

~SILAT~

Seni Silat ataupun Pencak Silat adalah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa melayu ataupun nusantara(Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Brunei, Filipina, Timor timur dan mungkin juga Taiwan) yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan ada yang menganggarkan seni silat ini beratus tahun lamanya tetapi usia silat masih tidak dapat dihuraikan secara terperinci. Kebanyakkan guru silat kini menolak penggunaan 'Mahaguru' kerana berpendapat bahawa 'Maha' hanya sesuai untuk Allah s.w.t. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam bidang silat digelar Guru Tua dan dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tertinggi digelar Pendekar.

Antara senjata² yang diguna pakai dalam silat adalah seperti keris, kerambit, lading, tumbuk lada, tekpi, parang, sundang etc.


Parang Lading-senjata rasmi silat cekak


Tumbuk Lada


Tekpi ataupun juga dikenali sebagai Sai

Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut hanya sekadar tarian asli dalam silat dan tidak mempunyai maksud yang lain selain hanya persembahan semata² manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Hakikatnya 'silat pulut' bukanlah satu aliran silat berlainan yang hanya memfokuskan persembahan dan tidak boleh mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang digunakan apabila pesilat merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini termasuklah tari sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan muslihat permainan aliran tidak dipertontonkan.

Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500perguruan silat yang dapat dikesan.Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat. Dengan kesedaran pembangkitan Islam hari ini, guru-guru aliran telah menentang dan membuang amalan-amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama seperti jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya. Pertubuhan Silat Kebangsaan (PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan dalam dunia silat hari ini. Apa yang pasti, Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia.

Thats all for now
hope all of you enjoy reading my post
have a nice day
Goodmorning
=)
i'd fall in love with someone and i still loving her



Saturday, May 23, 2009

Seni bukan sebarang Seni

M A R T I A L_A R T
S E N I_M E M P E R T A H A N K A N_D I R I
S E N I_B E L A D I R I

~MUKADIMAH~
Seni beladiri merupakan salah satu cara untuk seseorang itu mempertahankan dirinya tidak kira dengan menggunakan senjata ataupun tanpa menggunakan senjata. Dalam seni beladiri, terdapat :
  • pukulan(striking)
cth: tendangan, tunbukan, siku, lutut etc.
  • kuncian(grappling)
cth: kuncian sendi, balingan etc.
  • persenjataan(weaponary)
cth: kendo, keris, parang, tekpi, samurai, stick etc.

Terdapat banyak matlamat² dalam seni beladiri di seluruh dunia ini antaranya seperti berlawan demi wang, pertunjukan, minat dan lain² lagi tetapi semua seni beladiri tersebut tetap menggunakan satu matlamat yang sama yang tidak akan berubah iaitu untuk menumpaskan seseorang secara fizikalnya dan untuk mempertahankan diri sendiri ataupun orang lain daripada ancaman atau bahaya yang mendatang.

~MENGENAI SENI BELADIRI~
Di seluruh dunia mempunyai lebih daripada 300 jenis seni beladiri antaranya ialah :
\silat/
\muay thai/
\savate/
\silambam/
\aikido/
\jujitsu/
\capoiera/
etc.

Silat juga termasuk dalam 300 jenis seni beladiri tersebut dan dalam silat pula mempunyai hampir 400 jenis silat di seluruh nusantara ini. Antaranya seperti :
\silat cekak/
\silat gayung/
\silat kuntau/
\silat abjad/
\silat kalimah/
\silat anugerah/
etc.
Dari sini dapat dilihat betapa luasnya SENI BELADIRI ini. Bagi sesetengah seni beladiri terdapat senjata² khusus yang menjadi lambang kepada seni beladiri tersebut sendiri dan antara contoh yang mudah ialah -silat;keris- -eskrima;kali stick- -samurai;samurai sword- -kendo;kendo stick- . Pada masa kini pengamal² seni beladiri semakin bertambah di seluruh dunia dan kemunculan seni beladiri moden semakin berkembang contoh seperti MMA(mixed martial art) dan krav maga.

~PENGAKHIRAN~
Di dalam akhbar, seringkali terpapar jenayah² samun, rogol, bunuh, ragut, rompakan dan lain² lagi dan majoriti mangsanya ialah wanita ataupun perempuan yang sinonim dengan sifat lemah mereka. Dengan mempelajari seni beladiri ini tidak kira secara total ataupun part-time, sekurang-kurangnya bagi saya, dalam 10-12 jenayah yang berlaku berkemungkinan 4-5 mangsa dapat mempertahankan dirinya malah dapat menumpaskan penjenayah tersebut insyaAllah. Di sini saya ingin memberi cadangan beberapa seni beladiri yang amat berguna tidak kira lelaki atau perempuan tetapi keutamaan ialah kepada perempuan, antara seni beladiri tersebut ialah :
\silat/
-silat cekak, silat gayung atau apa² jenis silat pun
*ini kerana kebanyakkan silat tidak menggunakan tenaga yang banyak tetapi, TEKNIK yang betul*

\aikido/
*begitu juga dengan silat, aikido hanya menggunakan body point ataupun body weakness yang memerlukan tenaga yang amat sedikit tetapi keputusan yang amat mengejutkan*


Hendaklah dimaklumkan bahawa semua seni beladiri boleh digunapakai untuk mempertahankan diri tetapi contoh² yang saya berikan di atas(silat dan aikido) hanyalah cadangan daripada saya sendiri. Jadi saudari² sekalian jagalah keselematan diri anda dan janganlah biarkan tidak kira keluarga(atok, ayah, abang or adik), boyfriend ataupun sesiapa saja mengambil kesempatan ke atas diri anda, please please please =( I'm begging hummhaizzzz

ok reader(s)
it is time for me to go
my fellow friends;man or woman
please do take care of yourselves!
and be alert to your surrounding
*if there are any foul language in this post, please forgive me*
adiosu
have a great day =(



Wednesday, May 20, 2009

Cepatnya Masa Berjalan~~~

Mukadimah~
Dah lama tak update blog ni(walaupun tiada siapa² yg melawat) hehe, ini kerana masa tu tengah tukar nama untuk internet ni. Sebelum ni atas nama pakcik, tapi sekarang dah tukar atas nama ayah uuu senang sikit. Dalam 6 hari yang dah berlalu ni, macam2 yang dah terjadi kat aku;tak kiralah samada baik ataupun tak, aku sebagai manusia yg lemah, REDHA saja laaaa =)

Kejadian, Peristiwa~
15th May 2009------> *KACHING!!*
Duit masuk woooo! hahaha seronok aku rasa, wah satu hari tu aku jadi orang yang pemurah. Akhirnya, setelah berpenat-lelah buat kerja yang sememangnya tak lah penat sangat(sebab penat lagi kerja kat Gurney Hotel!!), dapat aku merasa duit yang agak banyak, aku ni bukannya selalu pegang duit bnyk² camtu walaupun hanya 2-3 ratus saja. Hari Jumaat tu after sembahyang jumaat terus aku pergi ke Alliance Bank Ayer Itam*satu hari sengih ja, yala kan nak ambil gaji =DD* Alhamdulillah, masuk dah duit aku and pada masa yg sama aku juga withdraw RM200*kaching! kaching!* weee then terus aku pergi ke cc, bersama-sama Nizam and Din(aku ngn Din dota laaa apa lagiii ^^). Bila dah hampir petang, aku pulang d'oh penat berjalan ngee

16th May 2009------->*Hari untuk ke QB!*
"QBQBQBQBQBQB" Hari Sabtu lepas, Azri balik dari Matrikulasi(Penang). Hasif ajak aku dengan Din pergi QB sebab saja nak keluar ramai² plus Azri pun balik dari sana. Masa untuk enjoy la ^^(uuuu duitkuuu) and petang tu semua dah set baik punya, tiba² dengan kehendak Allah s.w.t hujan pun turun dan semua plan tergendala. Kasihan dekat Din selesema and mestilah mak dia tak bagi pergi sebab mak dia pun sayangkan dia sangat so tak nak la dia sakit teruk lg.

4 budak hitam
set nak pergi QB
sorang kena selesema
tinggal lagi 3
*adaptasi daripada lagu 10budak hitam*

Aku pun bertolak tanpa memikirkan apakah masalah yang berada di hadapan dengan penuh perasaan girang. Sesampainya di sana, aku, Azri dan Hasif sedang memerah tenaga otak untuk memikirkan cerita apa yang hendak ditonton(walaupun kami pandai, tapi tetap susah nak fikir*bongkaknya aku =P*). Akhirnya kami membuat kata sepakat untuk menonton "Fireball". "Fireball" ni ialah sebuah filem aksi Thailand dan hanya satu perkataan saja dapat describe cerita ni-BRUTAL-yala mana taknya, 18PL tuu aiyooo tapi cerita tu bestlah sebab aku suka cerita ada martial art ni =). Then jam menunjukkan pukul 12a.m dan aku pun pulang. Keseluruhannya, hari yang GEMBIRA =)

18th May 2009--------*Pergi ke SMK Abdullah Munshi*
Masa hari Ahad tu Shahmir dah ajak aku teman dia esok pergi ke SMK Abdullah Munshi(sekolah dia) then aku pun mengangguk ja, bab² teman ni aku ok saja ;-) . *kookk! koookk*Bunyi ayam daaa, pagi² lagi Shahmir dah datang rumah aku tapi aku baru nak bangun =P sorry ya Shahmir haha. No worry, aku ni bersiap sekejap saja zaazzzzz! sretttttt! Dah siap daaaa haha. Aku dan Shahmir pun bergerak ke sekolah dia dengan menaiki moto kriss dia tu, moto aku rosak la pula haizz. Sesampai saja kami kat sekolah, aku tertarik dengan dewan tu, budak² form5 tengah buat exam, aku teringat masa dulu² aku kat PFS, rindu gilaaaa sobs2.Ok ok berbalik pada Shahmir dan misinya, dia pun pergi la berjumpa dengan orang² yang sepatutnya untuk minta borang² dan benda² untuk pergi poli nanti(best arrr) dan tiba² pada masa yang sama, rehat la pula adoiii segan aku nak bersua muka dengan student² yang aku tak kenal punya, dah la perempuan pun ramai aku buat bodoh ja la*bukan boleh sangat dengan perempuan tak kira ramai atau tak, segan haih =P*. Nasib baik ada juga yang aku kenal, tak la malu sangat jadinya. Sejurus selepas itu aku pun pulang, begitu juga dengan Shahmir.

Then pada malam harinya, Shahmir datang rumah aku katanya spec dia hilang. Aduhai kesian la juga tapi tak boleh nak buat apa² pun laa. Nasib baik dia memang nak tukar spec dia tu piuhhhh.


Yang ni sajalah for now
Take care Readers =)
Have a nice day

Thursday, May 14, 2009

Happy Birthday My Little Brother =)

Ngehhehhe today is Thursday May 14, my brother's birthday*HAPPY BIRTHDAY BROTHER!) but I didn't buy any present for him because I don't have any money left in my humble pocket(sorry bro) . Hahaha humm but I think I want to buy something for him later;when i get my salary this friday(May 15). Normally each year i didn't buy anything for my siblings or my parent because humm I don't know why, maybe because I didn't think much about it.

BIRTHDAY
For me, celebrating birthday each year is important. Why? because we should show our thankful to Allah s.w.t for giving us chance to live in this beautiful earth =) Alhamdulillah

Aha a few hours ago, me and my friends(Amin, Wan, Mamu, Shahmir and Aiman) hang out at Gurney; in front of Gurney Hotel. They are going to further their study in Politech and Aiman going to asasi(engineering) at UIA. Haiz I'm going to be alone for a long time, gosh! it was a mistake for me because not applying for Polytech, I'm to confident that i will get Matriks or University hum and now I can only wait for "rayuan" from UPU and Matriks =( . I really hope I can get to either Matriks or U, I really really need it. *pray for me*

Ok i think i need to go now
for all reader(s), thank you for spending your time here reading my post =)
arigatou gozaimasu
goodnight.

Tuesday, May 12, 2009

My Firstie Blog =)

Muahaha finally i have my own blog and i know that no one will come to my blog because i dont promote it. In my blog, I will only post in two languages; either in English or Bahasa Melayu.

p/s : I'm trying to improve my English and Bahasa here ^^ Please correct me if I'm wrong. thank you I really appreciate it =)

Terima Kasih